Anti Penuaan

Anti Penuaan

Konsep Terapi Penjanaan Semula Tenaga Sel Kulit

  • Ia adalah terapi kecantikan bagi memenuhi keperluan kecantikan dalaman dan luaran.
  • Asasnya adalah menyelesaikan punca masalah untuk kecantikan yang berkekalan.
  • Semua masalah kulit terutamanya berpunca daripada sel yang tidak sihat.

Manfaat Terapi Penjanaan Semula Tenaga Sel Kulit

  • Kesan yang cepat dan berkekalan.
  • Meningkatkan kesan produk penjagaan kulit dan rawatan wajah.
  • Yang paling utama, tubuh yang sihat.

Bagaimana Terapi GTF Berfungsi

Ia adalah rawatan menggunakan Susu Tepung GT&F®, satu-satunya suplemen susu tepung yang dirumus khas untuk lebih mirip kepada susu ibu.

Anti Oksida

Banyak penyakit-penyakit degeneratif yang berkaitan dengan radikal bebas, seperti kanser, penyakit Parkinson, katarak dan sebagainya. Kita mempunyai keupayaan anti-oksida sendiri yang boleh menghapuskan radikal bebas berlebihan dalam badan kita. Anti-oksida yang dimaksudkan termasuklah vitamin E, vitamin C, katalase, SOD dan sebagainya.

Setiap individu mempunyai keupayaan yang berbeza untuk memusnahkan radikal bebas. Sesetengah individu kelihatan lebih muda kerana keupayaan anti-oksida yang kuat, mampu untuk memusnahkan radikal bebas dengan lebih cepat. Oleh itu, pengisian semula GTF kromium secara konsisten amat berkesan dan dapat meningkatkan antioksida seperti vitamin E dan katalase dalam badan (Chen et al., 2009), seterusnya menyumbang kepada kesan anti-penuaan.

Anti Glycation

Fungsi badan memerlukan glukosa untuk penjanaan tenaga. Walau bagaimanapun, penggunaan glukosa yang berlebihan akan membawa kepada glycation, iaitu satu tindak balas yang mana gula berlebihan akan digabungkan dengan protein tanpa bantuan enzim, akhirnya menyebabkan pengerasan dan kerosakan kolagen dan struktur serat elastik, yang membawa kepada tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus dan kedutan.

GT&F® boleh membantu mengawal paras glukosa darah untuk mengelakkan glycation (Kuo et.al., 2006), memulihkan kesan pemejalan kulit dan melambatkan penuaan.

Anti Keradangan

Keradangan yang tipikal termasuklah tanda kemerahan, bengkak, kesakitan dan sebagainya. Ini adalah tindak balas imun yang normal apabila badan kita berhadapan dengan serangan bakteria atau jangkitan virus, toksin atau stres. Apabila tubuh badan kita meradang, sistem imun kita akan menjana pelbagai sitokin seperti IL-6, TNF-α dan hs-CRP untuk melindungi organ-organ kita terhadap rangsangan berbahaya.

Walau bagaimanapun, keradangan kronik boleh menyebabkan penyakit yang berkai rapat dengan penuaan seperti arthritis, sakit otot, hepatitis-B, radang paru-paru dan sebagainya. Oleh itu, penambahan GTF kromium dapat mengurangkan faktor keradangan seperti IL-6, TNF-α, hs-CRP, seterusnya menyumbang kepada kesan anti-keradangan (Chen et al., 2009).

Fungsi Membaikpulih

Toksin merosakkan struktur kulit dan mengakibatkan kulit kering, kendur, kedutan, garis-garis halus dan sebagainya.

GTF boleh membantu insulin merangsang metabolisme badan dan mengaktifkan sel-sel. Jumlah suplemen GTF yang sesuai boleh membantu kulit kita menggunakan glukosa dengan cekap dan seterusnya membekalkan tenaga yang mencukupi kepada sel-sel kulit untuk menjalankan pelbagai mekanisme sintesis. Sebagai contoh, sintesis kolagen merupakan satu proses yang memerlukan tenaga. Apabila sel-sel kulit cukup tenaga, kulit yang rosak boleh dibaiki dengan pesat. Oleh itu, penambahan GTF setiap hari akan menghasilkan kulit yang licin dan berseri dengan pengekalan kelembapan yang lebih baik. Pengumpulan kulit kasar dan kering yang disebabkan oleh metabolisme lemah juga akan dihapuskan secara beransur-ansur.

Pembaharuan sel kulit yang pesat membaiki kerosakan struktur kulit dan merangsang penghasilan kolagen, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, menjadikan kulit kelihatan lebih licin dan muda.

Comments are closed