Kemurungan

Kemurungan

Pada masa kini, interaksi antara manusia, kerjaya dan kesibukan gaya hidup menjadi lebih rumit. Dengan kehidupan yang tertekan, risiko kemurungan juga meningkat secara mendadak. Pada masa lalu, pemahaman berkenaan kemurungan adalah agak terhad. Di Asia, khususnya, merasakan bahawa penyakit mental adalah sesuatu yang tidak jelas. Pesakit sering tidak pasti atau tidak tahu menahu masalah mereka sendiri atau enggan untuk mendapatkan rawatan. Baru-baru ini, laporan berita menunjukkan bahawa kejadian bunuh diri adalah salah satu daripada sepuluh punca utama kematian di beberapa negara-negara Asia dan ini menunjukkan masalah mental menjadi semakin serius.

Kemurungan adalah penyakit mental yang biasa dengan tanda-tanda seperti tekanan emosi, kurang minat, pesimistik, perencatan pemikiran, kekurangan inisiatif, sering menyalahkan diri sendiri, kurang selera makan, tidur tidak lena, bimbang tentang jangkitan penyakit, berasa kurang selesa di beberapa bahagian badan dan dalam kes yang lebih serius, mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Kajian mendapati bahawa kemurungan adalah hasil daripada ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak. Lelaki mempunyai 12% peluang untuk menghadapi masalah kemurungan manakala wanita mempunyai 25% peluang tanpa mengira umur.

KAJIAN SAINTIFIK

Kemurungan dan Trivalen Kromium

Trivalen kromium dipercayai mempunyai kesan anti kemurungan dengan meningkatkan penggunaan insulin dan meningkatkan trytophan dalam sistem saraf pusat. Pesakit kemurungan menunjukkan tindak balas positif kepada suplemen kromium. (Mcleod & Golden, 2000)

Menurut penyelidikan oleh Jonathan David Sanderson dari Duke University Medical Center (North Carolina, US), terdapat kira-kira 70% daripada pesakit menunjukkan pengurangan gejala-gejala seperti keinginan untuk mendapatkan gula atau sebatian karbohidrat, penambahan berat badan, mengantuk dan sebagainya selepas mengambil GTF setiap hari selama lapan minggu.

Kromium dalam GT&F® dapat membantu fungsi saraf menjadikan ia normal. Ia meningkatkan tenaga sel saraf untuk menghantar mesej saraf dengan berkesan dan juga mampu meningkatkan kadar metabolisme sel-sel saraf.

Comments are closed