Sistem Imunisasi

Sistem Imunisasi

Apabila sistem imunisasi kita lemah, virus dan bakteria dari luar badan mudah menyerang dan menyebabkan pelbagai jangkitan penyakit seperti H1N1, demam denggi, meningitis atau lebih serius jangkitan penyakit yang boleh mengancam nyawa. Alergi pula disebabkan oleh masalah sistem auto-imun, yang mana sel imunisasi badan kita tidak dapat mengenalpasti bakteria/virus dan mengakibatkan sel ini bebas menyerang sel badan kita sendiri dari dalam. Untuk mengatasi masalah serangan luar dan dalam badan, adalah penting untuk kita menguatkan sistem imunisasi untuk melawan bakteria, virus mahupun sel kanser.

Pada masa yang sama, ia turut membantu dalam membuang toksin dalam badan dan membaikpulih sel yang rosak, seterusnya mencegah dari penderitaan pelbagai penyakit. Terdapat banyak kajian berkenaan sistem imunisasi dalam perubatan moden kerana sistem imunisasi kita adalah sangat kompleks. Ketika ini, masih terdapat banyak perbezaan pendapat dan masih banyak lagi yang perlu dikaji tetapi tidak dinafikan bahawa ianya merupakan bahagian yang paling penting dalam sistem pertahanan awal badan kita.

LAKTOFERRIN

GT&F® kaya dengan laktoferrin, yang mana mempunyai pelbagai ciri khas untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kita

PROTEIN WHEY

GT&F® kaya dengan protein whey, penuh nutrien dan mudah diserap. Ia juga mengandungi banyak kandungan protein yang aktif dan berkualiti tinggi untuk badan kita, sesuai bagi bayi, kanak-kanak, warga tua, atlit dan pesakit yang telah menjalani pembadahan.

Protein whey berupaya meningkatkan imuniti sebanyak 500 kali ganda. Ia adalah penting untuk sintesis anti-oksida dalam badan kita.

Comments are closed