Kelansingan

Kelansingan

Kita semua inginkan tubuh yang sihat dengan berat badan yang ideal. Walau bagaimanapun, dengan adanya pelbagai makanan yang lazat dan mudah didapati, mengawal berat badan adalah satu tugas yang mencabar. Ada di antara kita yang berpuasa dan mengawal pemakanan dengan ketat untuk menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, tanpa kaedah yang betul, berat badan tidak dapat dikawal dengan berkesan malah kadangkala, semakin meningkat dari hari ke hari. Kenapa kita sukar untuk menurunkan berat badan? Adakah ianya satu proses yang menyakitkan?

KAJIAN SAINTIFIK

Menurut kajian pemakanan paling menyeluruh pernah dijalankan, yang diketuai oleh Profesor Emeritus di Universiti Cornell, Profesor T. Collin Campbell, sesiapa yang mempunyai kadar metabolisme lebih tinggi semasa rehat adalah lebih langsing walaupun pengambilan kalori mereka adalah tinggi. Kadar metabolisme yang tinggi bermakna kita membakar lebih banyak kalori sebagai haba badan berbanding disimpan sebagai lemak.
Campbell T.C. & Campbell II T.M. (2004) The China Study: Startling implications for diet, weight loss and long term health, pg. 142, Benbella Books.

Fokus utama metabolisme adalah serapan glukosa ke dalam sel badan. Insulin membantu sel-sel badan mengambil gula dan lemak yang berada dalam darah untuk kegunaan serta-merta atau untuk disimpan di dalam sel-sel. Salah satu kunci utama untuk penurunan berat badan adalah dengan meningkatkan kecekapan insulin supaya glukosa mudah diserap oleh sel-sel di seluruh tubuh badan.

Comments are closed