Glukosa Darah dan Penyembuhan Luka
Ketinggian glukosa darah kini menjadi salah satu permasalahan kesihatan yang paling kompleks untuk ditangani pada abad ke-21 ini. Masalah tersebut adalah keadaan di mana tubuh tidak dapat memproses glukosa secara efektif. Proses penyembuhan luka akan menjadi lambat apabila seseorang itu mempunyai masalah ketinggian glukosa darah. Mengapa keadaan ini melambatkan proses penyembuhan luka?
Tahap Glukosa Darah
Semuanya bermula di sini. Peningkatan kandungan gula yang tinggi di dalam darah akan menyebabkan arteri menjadi keras dan saluran darah menjadi sempit. Kesannya sukar untuk ditangani, termasuklah menjadi punca luka dan faktor yang menyebabkan luka sukar untuk sembuh.
Pengaliran Yang Lemah
Saluran darah yang sempit akan mengakibatkan kurang pengaliran darah dan oksigen ke bahagian luka. Peningkatan kandungan gula dalam darah juga akan mengurangkan fungsi sel darah merah untuk mengangkut nutrien ke dalam tisu badan. Keadaan ini juga akan mengurangkan kecekapan sel darah putih untuk melawan sebarang jangkitan. Tanpa nutrisi dan oksigen yang cukup, luka akan menjadi semakin sukar untuk sembuh.
Keradangan Saraf
Apabila kadar glukosa darah tidak terkawal, saraf di dalam badan turut terjejas dan individu terlibat mula mengalami masalah kurang rangsangan atau deria rasa. Apabila individu tinggi glukosa darah mengalami masalah kurang rangsangan, mereka akan merasa kebas dan sukar untuk menyedari sekiranya tercedera atau berlaku sebarang jangkitan. Kesan kebas menyebabkan mereka yang terlibat tidak dapat merasa atau menyedari apa yang berlaku kepada kesan luka, akibatnya akan menyebabkan luka menjadi semakin teruk dan sukar untuk dirawat.
Kepincangan Sistem Immunisasi
Ketinggian glukosa darah juga menjejaskan fungsi sistem imunisasi yang bertindak sebagai sistem pertahanan badan melawan jangkitan. Jangkitan turut akan mengundang pelbagai masalah dan melambatkan keseluruhan proses penyembuhan. Apabila dibiarkan, jangkitan akan meningkatkan lagi risiko gangren, sepsis (jangkitan dalam darah) mahupun jangkitan kuman dalam tulang.
Bagaimana GTF membantu penyembuhan luka?
Chromium merupakan salah satu elemen yang penting dalam proses penyembuhan luka kerana ia membantu menstabilkan metabolisma protein, karbohidrat dan lipid. Chromium yang juga merupakan kofaktor insulin bertindak sebagai pembawa yang mengangkut Glucose Tolerence Factor (GTF) di dalam sel badan kita. GTF merupakan kompoun yang mengandungi trivalent chromium, vitamin dan asid amino yang berfungsi meningkatkan isyarat dan menguatkan tindakan insulin, membolehkan pembukaan membran sel dan pengambilan glukosa ke dalam sel. Dengan demikian, glukosa akan diubah kepada tenaga bagi menjalankan fungsi sel dan glukosa darah kemudiannya akan dapat dikawal selia dengan baik, lalu meningkatkan kadar metabolisma sel. Peningkatan metabolisma sel akan merangsang pertumbuhan sel melalui pengaliran darah yang lancar di mana nutrien oksigen yang cukup dapat dibekalkan kepada sel darah merah dalam membantu proses penyembuhan luka dengan lebih cepat. Pengambilan chromium dietari yang secukupnya adalah penting demi mengekalkan tahap glukosa darah yang stabil dalam kehidupan harian. Jumlah pengambilan harian chromium dietari yang disyorkan adalah sebanyak 50 –200 microgram. Trivalent chromium yang terkandung di dalam kebanyakkan makanan dan nutrien tambahan merupakan nutrien penting dengan kadar toksik yang sangat rendah dan tidak merbahaya.
Produk GTF mengandungi kombinasi trivalent chromium dengan lactoferrin chromium yang terdapat di dalam susu ibu, justeru menjadikan kandungan bahan-bahan ini lebih mudah diserap dan digunakan oleh sel badan. Lactoferrin yang terkandung di dalam GTF ini telah terbukti secara klinikal dalam membantu proses penyembuhan luka, pemulihan struktur kulit, meningkatkan sistem imun tubuh dan melindungi sel-sel tubuh daripada rosak.