Protein Dan Kepentingannya Terhadap Buah Pinggang

Sisa metabolik protein: Fakta

  • Pengambilan protein boleh menghasilkan sisa-sisa dalam darah.
  • Contoh produk metabolik protein seperti urea, kreatinin, asid urik dan produk nitrogen lain. Sisa-sisa tersebut biasanya singkir dari badan melalui air kencing.
  • Berikut adalah contoh sisa uremik biasa yang dihasilkan dalam badan dari pengambilan protein:

  • Dalam keadaan CKD, sisa-sisa uremik ini mungkin terkumpul dan memberikan kesan buruk pada pelbagai sistem, termasuk sistem imun.

Kreatinin

  • Ia merupakan bahan buangan yang dihasilkan oleh otot daripada pecahan sebatian yang dipanggil kreatin

479448_1_En_46_Figa_HTML

  • Seperti yang ditunjukkan di atas, kekurangan asid amino penting (EAA) akan menyebabkan protein terurai daripada tisu otot untuk menghasilkan nutrien seperti EAA untuk metabolisme dan fungsi badan.
  • Ahli kesihatan kesihatan biasanya mengukur tahap kreatinin dalam darah untuk memeriksa fungsi buah pinggang dan menggunakannya untuk mendapat bacaan GFR. Tahap kreatinin yang tinggi mungkin menunjukkan bahawa buah pinggang tidak berfungsi dengan baik.
  • Walau bagaimanapun, kreatinin dalam darah anda juga dipengaruhi oleh umur, bangsa, jantina dan saiz badan anda.
Tahap kreatinin normal:
Lelaki: 60 – 110µmol/L
Perempuan: 45 – 90µmol/L

Urea

800px-Urea

  • Urea adalah bahan buangan biasa dalam darah yang berasal daripada pemecahan dan metabolisme protein daripada makanan dalam badan.
  • Ia biasanya diasingkan daripada darah oleh buah pinggang, tetapi apabila fungsi buah pinggang menjadi perlahan, paras BUN (Blood urea nitrogen) akan meningkat.
  • Tahap urea yang tinggi dalam darah merupakan toksin uremik yang tinggi yang tidak ditapis akibat kegagalan buah pinggang.

Diet rendah protein (LPD): bagaimana ia berfungsi?

  • LPD selain menurunkan penghasilan sisa protein, ia juga memperlahankan penurunan kadar penapisan glomerular (GFR) dalam pesakit CKD untuk mengurangkan pengumpulan bahan sisa-sisa uremik.
  • LPD juga memperlahankan kadar perkembangan CKD, dengan itu menangguhkan keperluan untuk rawatan dialisis.
  • Untuk pesakit CKD yang tidak menjalani dialisis, diet rendah protein (LPD) disyorkan dengan pengambilan protein harian 0.6-0.8g/kg.
  • Walau bagaimanapun, selain pengambilan protein yang rendah, suplemen EAA yang mencukupi adalah penting untuk memastikan fungsi badan yang normal dan mengurangkan kadar kehilangan otot.