UNTUK HAIWAN HAIWAN

NS-BM-01
KRS-BM-01
TCT-BM-01

PetsRejoice Wellness Nutrition

  • Produk import berkualiti
  • Produk sifat berfungsi untuk haiwan kesayangan
  • Diperbuat daripada bahan semulajadi

Haiwan kesayangan adalah sebahagian dalam kehidupan seharian kita. Kebanyakan haiwan peliharaan akan mengalami sekurang-kurangnya satu atau dua masalah kesihatan sepanjang hayat mereka. Walau bagaimanapun, risiko kesihatan boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mempunyai rutin penjagaan yang sesuai dan pelan kesihatan. Menggunakan produk semulajadi dan berfungsi adalah cara terbaik untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan haiwan kesayangan anda.

Pet Issues-02-BM

Adalah bahawa penting untuk memastikan haiwan kesayangan anda dalam keadaan yang sihat, Contohnya, sentiasa sediakan diet yang sihat untuk si bulu anda, memastikan peralatan tempat tidur yang bersih dan senaman untuk memastikan mereka dalam keadaan sihat.

Kepentingan menggunakan produk penjagaan haiwan berfungsi:
  • Pilihan rawatan perubatan adalah terhad untuk haiwan
  • Mengatasi masalah kesukaran memberi ubat-ubatan untuk haiwan
  • Meningkatkan kesihatan haiwan peliharaan
  • Pencegahan dan pengurusan penyakit secara alternatif
  • Meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan
Mengapa mengekalkan kesihatan usus dalam haiwan peliharaan penting?

Ini bukan sahaja untuk memastikan sistem penghadaman yang lebih baik seperti menggalakkan penyerapan nutrien; menjaga kesihatan usus haiwan peliharaan anda juga membantu meningkatkan kesihatan imun mereka. Membekalkan haiwan kesayangan anda dengan probiotik yang bermanfaat mengimbangi flora usus dengan menyekat pertumbuhan bakteria patogen, dengan itu dapat mengurangkan tahap toksin. Usus yang sihat juga mengekalkan tahap tenaga dan kesihatan mental haiwan kesayangan juga.

Haiwan peliharaan dan kebimbangan kulit

Salah satu cabaran kesihatan yang paling biasa dalam si bulu adalah penyakit berkaitan dengan kulit dan bulu. Sebagai organ terbesar, kulit dan bulu yang sihat bukan sahaja untuk kelihatan atau imej yang baik, tetapi juga melindungi mereka daripada faktor-faktor seperti tekanan dari persekitaran dan jangkitan bakteria. Untuk mengekalkan bulu dan kulit yang sihat, selain cara dandanan yang betul, dan yang paling penting, pemakanan dan nutrisi memainkan peranan yang sangat penting.

Kepentingan menjaga kesihatan saluran kencing

Jangkitan Saluran Kencing (UTI) adalah isu yang biasa di kalangan haiwan peliharaan, terutamanya anjing, yang mana ia menjejaskan 14% daripada semua anjing sepanjang hayat mereka. UTI bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan haiwan kesayangan, malah ia juga berbahaya jika tidak disedari. Gejala-gejala UTI boleh diperhatikan melalui seperti kesukaran membuang air kecil, kencing berdarah dan kelakuan menjilat lubang kencing. Oleh itu, diet sifat terapeutik dan mengamalkan kebersihan si bulu anda dan tempat tinggalnya biasa disyorkan untuk melegakan atau mencegah UTI.

Probiotic Miracle®

2019-120-probiotics-cats_360x

Suplemen probiotik yang dirumus khas untuk keperluan pemakanan dan kesihatan. Sesuai untuk anjing dan kucing semua peringkat umur. Probiotic Miracle® membekalkan jenis probiotik yang terbukti secara saintifik untuk membantu menguatkan usus dan juga flora dalamnya haiwan peliharaan. Keberkesanan optimum boleh dicapai dalam 30 hari penggunaan secara berterusan.

Utrin®

Formula berkesan yang mengandungi d-mannose dan ekstrak kranberi untuk menguatkan kesihatan saluran kencing dan memberikan sokongan unggul terhadap jangkitan saluran kencing (UTI) dan jangkitan pundi kencing pada anjing dan kucing. Keberkesanan optimum boleh dicapai dalam 3-4 minggu penggunaan secara berterusan.

Kidney Restore 

Campuran probiotik semulajadi untuk menyokong kesihatan buah pinggang yang normal, serta peneutralan asid berbahaya yang terkumpul dalam buah pinggang yang lemah, serta menguraikan toksin uremik. Keberkesanan boleh diperhatikan dalam masa 1 bulan.

Kidney Shield

Suplemen yang berasaskan minyak asid lemak Omega-3 semulajadi yang membantu untuk melindungi buah pinggang, serta meningkatkan kesihatan jantung dan kulit. Haiwan peliharaan boleh memerhatikan manfaat produk dalam masa 1-3 bulan.

Miamor Cat Treat for Hairball Relief

Makanan kucing sifat berfungsi yang mengandungi ekstrak malt yang membantu mengeluarkan bebola bulu atau hairball secara semulajadi dan mengandungi taurin untuk menjaga kesihatan kucing. Rendah kalori dan bebas dari pewarna, sesuai untuk kegunaan harian. Terdapat dalam perisa daging asli dan perisa krim keju.

Kidney Restore Dog Treats

Makanan ringan anjing buatan tangan untuk menyokong, memulihkan dan menjana semula fungsi buah pinggang serta mengurangkan gejala keradangan. Dirumus dengan Vitamin C, E, dan B-kompleks yang membantu meningkatkan sistem imun. Ia dirumus khas untuk anjing semua saiz dan untuk semua peringkat umur.

Enzyme miracle

Formulasi yang mengandungi  9-enzim, yang membantu mengekalkan sistem dan proses pencernaan haiwan peliharaan, menyokong berat badan yang sihat dan memberikan sokongan segera untuk fungsi pankreas. Bentuk serbuk tanpa perasa yang mudah digunakan.

CELAVIN Fish Oil

Cecair minyak ikan omega-3 suling tiga kali ganda, bergred farmaseutikal khas untuk anjing dan kucing, dengan 40% lebih EPA dan DHA. Minyak digunakan diperoleh daripada ikan spesies kecil Norway. Sesuai untuk kegunaan kucing dan anjing. Selain menggalakkan kesihatan si bulu, ia juga mengurangkan keradangan serta mengalakkan kesihatan kulit dan bulu yang lebih baik.

Nusentia DERMIX (untuk anjing)

Mengurangkan masalah pengguguran bulu berlebihan, dan melegakan masalah kulit alahan, serta memberikan rangsangan tambahan untuk kulit yang sihat dan bulu berkilat.
Bentuk cecair: Rasa bacon semulajadi yang mengandungi asid lemak dan mineral penting

Nusentia RJX for Dogs™ (untuk anjing)

RJX for Dogs™ membekalkan nutrien semula jadi yang paling banyak dikaji untuk kesihatan sendi: glukosamin, kondroitin dan MSM. Selain itu, mineral mangan yang merupakan mineral khas dalam menyokong kesihatan sendi. RJX for Dogs™ mudah diserap badan, menyokong pembaikan dan pemulihan sendi serta meredakan kesakitan yang berkaitan dengan keradangan.

Buah pinggang memulihkan PhosFix untuk Kucing dan Anjing

Mengandungi Niacinamide dengan Chitosan, PhosFix membantu mengimbangi tahap fosfat dalam kucing dan anjing bersaiz kecil, sederhana & besar yang menghadapi masalah buah pinggang. Selain itu, ia juga menyokong tahap kolesterol yang sihat dan proses penyingkiran toksin buah pinggang yang normal.