Goodness Through Food

GTF-logo-transparent

Bahasa

Renadic

Asid Amino Penting (EAA) sebagai Nutrien Utama

Renadic adalah minuman protein yang disyorkan untuk individu yang mempunyai had pengambilan protein dengan memberikan sokongan nutrisi yang lengkap terutamanya bagi individu atau pesakit pra-dialisis tahap 1 hingga tahap 4.

Renadic membekalkan kesemua 9 Asid amino penting (EAA) yang diperlukan untuk meremajakan dan membaiki tisu dan juga otot.

Renadic juga menyediakan strain probiotik Bifidobacterium longum sebanyak 5×10^9 cfu/g (5billion) untuk kesihatan gastrousus dan juga membantu penyingkiran toksin uremik.

Maklumat Nutrien
Saiz Hidangan: 1 sacet 28g

Nutrien Bagi Setiap 100g Bagi Setiap Hidangan
Tenaga
374 kcal (1565 kJ)
104.72 kcal (438.15 kJ)
Protein
10.64 g
3.00 g
Lemak
2.30 g
0.64 g
Jumlah Karbohidrat
70.60 g
19.77 g
Kalsium
319.20 mg
89.38 mg
Sodium
153.50 mg
42.98 mg
Fosforus
9.88 mg
2.77 mg

Apakah Asid Amino?

Fakta asid amino

  • Asid amino adalah bahan binaan badan kita. Asid amino yang mencukupi, terutamanya pengambilan EAA boleh membantu mengurangkan degradasi protein otot.

  • Asid amino juga mampu membentuk kompleks dan bahan lain yang diperlukan untuk metabolisme dan fungsi normal badan.
  • Terdapat dua jenis asid amino utama: asid amino penting (EAAs) dan asid amino bukan penting.

  • Asid amino bukan penting boleh didapati daripada diet normal, dan badan kita boleh menggunakannya atau hasil semula.

  • EAA tidak boleh digunakan semula dan dihasil dalam badan kita, oleh itu mesti dibekalkan daripada diet.

Malah, protein daripada daging, telur, soya dan tenusu kaya dengan EAA. Walau bagaimanapun, makanan tersebut berlebihan dalam amaun protein yang boleh membebankan orang atau pesakit yang mengalami komplikasi buah pinggang. Oleh itu, mereka akhirnya mungkin mengalami kekurangan EAA akibat mengelakkan makanan tinggi protein.

Akibat kekurangan EAA

  • Menurut kajian, pengambilan EAA yang tidak mencukupi boleh menyebabkan jisim otot lebih rendah pada orang dewasa yang lebih tua.

  • Penyakit buah pinggang (CKD) dikaitkan dengan pembaziran otot dan terdapat beberapa kebimbangan mengenai potensi kesan katabolik dan cachectic dari diet protein rendah (LPD/VLPD).

  • Pembaziran otot adalah gejala pertama kekurangan EAA.
  • Oleh itu, suplemen EAA telah ditunjukkan untuk mengurangkan degradasi protein otot.

Keseimbangan nitrogen dan asid amino

Nitrogen menyumbang 16% daripada berat protein. Keseimbangan nitrogen ialah perbezaan antara pengambilan nitrogen dalam bentuk protein pemakanan, dan jumlah yang keluar dari badan, contohnya melalui air kencing, najis, peluh dan lain-lain.

Status Keseimbangan Nitrogen Keadaan Sebab
Kosong
Pengambilan = Kehilangan
Fungsi badan normal
Positif
Pengambilan > Kehilangan
– Kehamilan
– Pertumbuhan
Negatif
Pengambilan < Kehilangan
– Pengambilan asid amino pemakanan yang tidak mencukupi terutamanya EAA
– Tekanan
– Kesakitan and trauma
– Organ tidak fungsi normal (eg, liver and kidney)

Kebaikan Probiotik

  • Adalah bahawa dalam kalangan pesakit buah pinggang (CKD) flora usus adalah berbeza berbanding dengan orang biasa.

  • Dalam pesakit CKD, mereka mempunyai lebih banyak bakteria bersifat patogen dalam usus berbanding dengan ‘bakteria baik’ (Stephen et al., 1998)

  • Bakteria patogen menjalankan proses fermentasi atas lebihan protein yang tidak tercerna dalam usus, oleh itu menghasilkan sisa uremik yang membebankan buah pinggang (Ranganathan et al., 2014).
  • Oleh itu, pengambilan probiotik membantu mengimbangi flora usus, pada masa yang sama, meningkatkan sistem penghadaman dan imun.

  • Mengekal keseimbangan flora usus menghalang pertumbuhan bakteria patogen secara berlebihan yang menghasilkan toksin uremik (Tao et al., 2019).

  • Probiotik juga meningkatkan penyingkiran sisa toksin uremik dalam kolon atau usus besar untuk mengurangkan beban buah pinggang.
  • Renadic diperkaya dengan 5x109cfu/g (5billion) Bifidobacterium Longum untuk meningkatkan kesihatan gastro-usus, meningkatkan fungsi imun dan membantu dalam penyingkiran toksin uremik.

Protein dan Kepentingan terhadap Buah Pinggang

Sisa metabolik protein: Fakta

  • Pengambilan protein boleh menghasilkan sisa-sisa dalam darah.

  • Contoh produk metabolik protein seperti urea, kreatinin, asid urik dan produk nitrogen lain. Sisa-sisa tersebut biasanya singkir dari badan melalui air kencing.

  • Berikut adalah contoh sisa uremik biasa yang dihasilkan dalam badan dari pengambilan protein:
  • Dalam keadaan CKD, sisa-sisa uremik ini mungkin terkumpul dan memberikan kesan buruk pada pelbagai sistem, termasuk sistem imun.

Kreatinin

  • Ia merupakan bahan buangan yang dihasilkan oleh otot daripada pecahan sebatian yang dipanggil kreatin
  • Seperti yang ditunjukkan di atas, kekurangan asid amino penting (EAA) akan menyebabkan protein terurai daripada tisu otot untuk menghasilkan nutrien seperti EAA untuk metabolisme dan fungsi badan.

  • Ahli kesihatan kesihatan biasanya mengukur tahap kreatinin dalam darah untuk memeriksa fungsi buah pinggang dan menggunakannya untuk mendapat bacaan GFR. Tahap kreatinin yang tinggi mungkin menunjukkan bahawa buah pinggang tidak berfungsi dengan baik.

  • Walau bagaimanapun, kreatinin dalam darah anda juga dipengaruhi oleh umur, bangsa, jantina dan saiz badan anda.

Tahap kreatinin normal:

Lelaki: 60 – 110µmol/L
Perempuan: 45 – 90µmol/L

Urea

  • Urea adalah bahan buangan biasa dalam darah yang berasal daripada pemecahan dan metabolisme protein daripada makanan dalam badan.

  • Ia biasanya diasingkan daripada darah oleh buah pinggang, tetapi apabila fungsi buah pinggang menjadi perlahan, paras BUN (Blood urea nitrogen) akan meningkat.

  • Tahap urea yang tinggi dalam darah merupakan toksin uremik yang tinggi yang tidak ditapis akibat kegagalan buah pinggang.

Diet rendah protein (LPD): bagaimana ia berfungsi?

  • LPD selain menurunkan penghasilan sisa protein, ia juga memperlahankan penurunan kadar penapisan glomerular (GFR) dalam pesakit CKD untuk mengurangkan pengumpulan bahan sisa-sisa uremik.

  • LPD juga memperlahankan kadar perkembangan CKD, dengan itu menangguhkan keperluan untuk rawatan dialisis.

  • Untuk pesakit CKD yang tidak menjalani dialisis, diet rendah protein (LPD) disyorkan dengan pengambilan protein harian 0.6-0.8g/kg.

  • Walau bagaimanapun, selain pengambilan protein yang rendah, suplemen EAA yang mencukupi adalah penting untuk memastikan fungsi badan yang normal dan mengurangkan kadar kehilangan otot.

Cara penghidangan

  1. Tuangkan 1 paket (28g) Renadic ke dalam 100ml air suam
  2. Kacau rata sebelum minum

*Sila dapatkan nasihat profesional sebelum mengambil Renadic.

Waktu pembukaan

Isnin – Jumaat

Media Sosial