Goodness Through Food

GTF-logo-transparent

Bahasa

PetRejoice

Wellness Nutrition

Your must buddy with happier and healthier pets

Produk import berkualiti

Produk sifat berfungsi untuk haiwan kesayangan

Diperbuat daripada bahan semulajadi

Haiwan kesayangan adalah sebahagian dalam kehidupan seharian kita. Kebanyakan haiwan peliharaan akan mengalami sekurang-kurangnya satu atau dua masalah kesihatan sepanjang hayat mereka. Walau bagaimanapun, risiko kesihatan boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mempunyai rutin penjagaan yang sesuai dan pelan kesihatan. Menggunakan produk semulajadi dan berfungsi adalah cara terbaik untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan haiwan kesayangan anda.

Adalah bahawa penting untuk memastikan haiwan kesayangan anda dalam keadaan yang sihat, Contohnya, sentiasa sediakan diet yang sihat untuk si bulu anda, memastikan peralatan tempat tidur yang bersih dan senaman untuk memastikan mereka dalam keadaan sihat.

Kepentingan menggunakan produk penjagaan haiwan berfungsi:

  • Pilihan rawatan perubatan adalah terhad untuk haiwan
  • Mengatasi masalah kesukaran memberi ubat-ubatan untuk haiwan
  • Meningkatkan kesihatan haiwan peliharaan
  • Pencegahan dan pengurusan penyakit secara alternatif
  • Meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan
  •  

Mengapa mengekalkan kesihatan usus dalam haiwan peliharaan penting?

Ini bukan sahaja untuk memastikan sistem penghadaman yang lebih baik seperti menggalakkan penyerapan nutrien; menjaga kesihatan usus haiwan peliharaan anda juga membantu meningkatkan kesihatan imun mereka. Membekalkan haiwan kesayangan anda dengan probiotik yang bermanfaat mengimbangi flora usus dengan menyekat pertumbuhan bakteria patogen, dengan itu dapat mengurangkan tahap toksin. Usus yang sihat juga mengekalkan tahap tenaga dan kesihatan mental haiwan kesayangan juga.

Haiwan peliharaan dan kebimbangan kulit

Salah satu cabaran kesihatan yang paling biasa dalam si bulu adalah penyakit berkaitan dengan kulit dan bulu. Sebagai organ terbesar, kulit dan bulu yang sihat bukan sahaja untuk kelihatan atau imej yang baik, tetapi juga melindungi mereka daripada faktor-faktor seperti tekanan dari persekitaran dan jangkitan bakteria. Untuk mengekalkan bulu dan kulit yang sihat, selain cara dandanan yang betul, dan yang paling penting, pemakanan dan nutrisi memainkan peranan yang sangat penting.

Kepentingan menjaga kesihatan saluran kencing

Jangkitan Saluran Kencing (UTI) adalah isu yang biasa di kalangan haiwan peliharaan, terutamanya anjing, yang mana ia menjejaskan 14% daripada semua anjing sepanjang hayat mereka. UTI bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan haiwan kesayangan, malah ia juga berbahaya jika tidak disedari. Gejala-gejala UTI boleh diperhatikan melalui seperti kesukaran membuang air kecil, kencing berdarah dan kelakuan menjilat lubang kencing. Oleh itu, diet sifat terapeutik dan mengamalkan kebersihan si bulu anda dan tempat tinggalnya biasa disyorkan untuk melegakan atau mencegah UTI.

Produk Kami

Kidney Restore Siri

Kidney Restore for cats and dogs®

Campuran probiotik semulajadi untuk menyokong kesihatan buah pinggang yang normal, serta peneutralan asid berbahaya yang terkumpul dalam buah pinggang yang lemah, serta menguraikan toksin uremik. Keberkesanan boleh diperhatikan dalam masa 1 bulan.

Kidney Restore PhosFix™ for Cats and Dogs

Mengandungi Niacinamide dengan Chitosan, PhosFix membantu mengimbangi tahap fosfat dalam kucing dan anjing bersaiz kecil, sederhana & besar yang menghadapi masalah buah pinggang. Selain itu, ia juga menyokong tahap kolesterol yang sihat dan proses penyingkiran toksin buah pinggang yang normal.

Nusentia Siri

Probiotic Miracle®

Suplemen probiotik yang dirumus khas untuk keperluan pemakanan dan kesihatan. Sesuai untuk anjing dan kucing semua peringkat umur. Probiotic Miracle® membekalkan jenis probiotik yang terbukti secara saintifik untuk membantu menguatkan usus dan juga flora dalamnya haiwan peliharaan. Keberkesanan optimum boleh dicapai dalam 30 hari penggunaan secara berterusan.

Enzyme Miracle®

Formulasi yang mengandungi 9-enzim, yang membantu mengekalkan sistem dan proses pencernaan haiwan peliharaan, menyokong berat badan yang sihat dan memberikan sokongan segera untuk fungsi pankreas. Bentuk serbuk tanpa perasa yang mudah digunakan.

Utrin®

Formula berkesan yang mengandungi d-mannose dan ekstrak kranberi untuk menguatkan kesihatan saluran kencing dan memberikan sokongan unggul terhadap jangkitan saluran kencing (UTI) dan jangkitan pundi kencing pada anjing dan kucing. Keberkesanan optimum boleh dicapai dalam 3-4 minggu penggunaan secara berterusan.

CELAVIN Fish Oil

Cecair minyak ikan omega-3 suling tiga kali ganda, bergred farmaseutikal khas untuk anjing dan kucing, dengan 40% lebih EPA dan DHA. Minyak digunakan diperoleh daripada ikan spesies kecil Norway. Sesuai untuk kegunaan kucing dan anjing. Selain menggalakkan kesihatan si bulu, ia juga mengurangkan keradangan serta mengalakkan kesihatan kulit dan bulu yang lebih baik.

Nusentia DERMIX

Mengurangkan masalah pengguguran bulu berlebihan, dan melegakan masalah kulit alahan, serta memberikan rangsangan tambahan untuk kulit yang sihat dan bulu berkilat. Bentuk cecair: Mengandungi asid lemak dan mineral penting

Nusentia RJX for Dogs™

RJX for Dogs™ membekalkan nutrien semula jadi yang paling banyak dikaji untuk kesihatan sendi: glukosamin, kondroitin dan MSM. Selain itu, mineral mangan yang merupakan mineral khas dalam menyokong kesihatan sendi. RJX for Dogs™ mudah diserap badan, menyokong pembaikan dan pemulihan sendi serta meredakan kesakitan yang berkaitan dengan keradangan.

Pala-Tech Siri

Calming Extra™ Petite Soft Chews™

Makanan tambahan sifat semula jadi yang dirumus dengan bahan-bahan yang diselidik yang membantu menjana tingkah laku tenang pada anjing dan kucing semasa waktu tekanan alam. Juga, membantu dalam selera makan.

ForSight™ w/L-lysine Granules

Suplemen kesihatan revolusi yang mengandungi Bilberry dan Lycopene, dirumuskan untuk menyampaikan bahan-bahan utama yang bermanfaat untuk kesihatan mata secara keseluruhan, di samping itu, ia juga membantu menghilangkan tanda air mata.

Joint Health Granules

Suplemen muskuloskeletal yang dirumus khas untuk anak bulu. Mengandungi Glucosamine hydrochloride, Creatine monohydrate, Methylsulfonylmethane (MSM) dan Omega-3 Fatty Acids untuk sendi dan otot yang sihat.

Potassium Citrate Plus Cranberry Granules

Mengandungi kalium sitrat untuk menghalang pembentukan batu kalsium oksalat. Ditambah dengan ekstrak kranberi yang telah terbukti meningkatkan kesihatan saluran kencing haiwan kesayangan.

Joinsha Siri

Fish oil with Astaxanthin

Minyak ikan tulen yang diperakui IFOS. Sumber diperoleh daripada ikan kecil Peru. Tambah dengan Omega-3 dan Astaxanthin yang mudah diserap ke dalam badan, juga mempunyai antioksidan yang kuat. Menggalakkan bulu yang sihat dan cantik, mengurangkan keguguran bulu dan kekeringan kulit.

The Little Cat Siri

MEDISAND

Manik diagnostic MEDISAND yang berasaskan AI App mengesan keadaan kesihatan kencing kucing dengan menukar warna manik pengesan apabila kucing membuang air kecil padanya. Ia mampu mengesan keadaan alkali dan kesan darah yang todak dapat dilihat dengan mata kasar.

Manik pengesan kencing alkali- untuk mengesan kencing alkali

Manik pengesan hematuria- untuk mengesan darah dalam kencing

Memuat turun aplikasi untuk pemeriksaan manik pengesan dan mencari klinik doktor haiwan terdekat

MEDIPAD

Pad kencing yang boleh tukar warna untuk mengesan penyakit saluran kencing dan juga buah pinggang anjing secara mudah, dimana kedua-dua merupakan isu kesihatan yang paling biasa di kalangan anjing. Keputusan boleh disemak menggunakan aplikasi juga.

Memuat turun aplikasi untuk pemeriksaan manik pengesan dan mencari klinik doktor haiwan terdekat

SOALAN?

Sama ada anda ingin tahu tentang produk kami, kami bersedia untuk menjawab sebarang soalan.

Waktu pembukaan

Isnin – Jumaat

Media Sosial