SOALAN?
Sama ada anda ingin tahu tentang produk kami, kami bersedia untuk menjawab sebarang soalan.
Tujuan produk ini adalah untuk membekal asid amino penting untuk pesakit pra-dialisis serta individu yang pengambilan protein yang terhad. Renadic dirumus dengan protein (3g), fosforus (2.8mg) dan natrium (43mg) yang dalam nisbah optimun.
Pesakit dialisis boleh mengambil Renadic di bawah nasihat ahli profesional dan garis panduan pemakanan peribadi untuk mendapatkan EAA yang mencukupi, serta untuk menggantikan kehilangan asid amino semasa rawatan dialisis. Malah, apabila pesakit menerima dialisis fluks tinggi, kehilangan asid amino penting turut lebih tinggi. Oleh itu, jumlah pengambilan EAA yang mencukupi adalah penting untuk mewujudkan keseimbangan nitrogen yang positif.
Untuk individu CKD yang tidak bergantung kepada dialisis, diet rendah protein (LPD) disyorkan dengan pengambilan harian 0.6-0.8g/kg, manakala Renadic hanya menyediakan 3g protein/sachet. Selain itu, adalah dinasihatkan juga bahawa mendapat nasihat daripada ahli professional. Pemantauan biokimia darah untuk memeriksa paras urea dan sisa nitrogen lain adalah penting.
Renadic diperbuat daripada protein, merupakan salah satu makronutrien yang diperlukan dalam diet harian kita dan menyediakan semua asid amino penting (EAA) yang diperlukan oleh badan kita.
Walau bagaimanapun, Renadic bukun dirumus untuk wanita hamil dan kanak-kanak yang sedang membesar. Ia tidak menyokong sepenuhnya pertumbuhan dan perkembangan keseluruhan semasa mengandung dan untukuntuk kanak-kanak.
Renadic membekalkan EAA kepada pesakit buah pinggang, dan juga mereka yang makan diet dengan protein yang terhad. Oleh itu, ia tidak boleh dikelirukan atau dibandingkan dengan formula protein optimum atau protein untuk sukan. EAA boleh didapati dalam makanan biasa, oleh itu, tiada risiko yang berkaitan dengan pengambilan EAA dan ubat-ubatan. Walau bagaimanapun, sila berunding dengan ahli profesional kesihatan jika mempunyai sebarang kebimbangan.
Renadic merupakan minuman mengandungi asid amino penting (EAA). Walau bagaimanapun, Renadic mengandungi probiotik, oleh itu, tidak digalakkan untuk mengambil Renadic dengan antibiotik pada masa yang sama untuk manfaat dan kesan yang lebih baik daripada Renadic.
Sama ada anda ingin tahu tentang produk kami, kami bersedia untuk menjawab sebarang soalan.